MANUSIA LAMA
Efesus 4:17-32
Manusia lama ialah manusia yang belum mengenal dan menerima keselamatan daripada Yesus Kristus.dan hidup mereka menurut dunia.Ciri-ciri manusia lama:
- Tidak mengenal Tuhan (tidak tahu Firman Tuhan, tidak berdoa)
- Fikiran yang sia-sia.
- Pengertiannya gelap.
- Jauh daripada persekutuan dengan Tuhan.(tidak berdoa,tidak datang ke gereja, tidak datang ke pertemuan-pertemuan ibadah- [Ibrani 10:25] dan tidak membaca dan melakukan Firman Tuhan)
- Kebodohan dalam hati mereka.(Orang yang berbuat dosa adalah bodoh di hadapan Tuhan).
- Hati yang degil.(tidak mahu berubah, mengulangi kesalahan yang sama, tidak berdisplin)
- Perasaan tumpul.(kejam,tidak berbelas kasihan,tiada kasih)
- Mengikut hawa nafsu dan mengerjakan kecemaran(seks, pronografi,video lucah)
- Berdusta (berkata sesuatu yang tidak benar tentang hal orang lain)
- Marah lalu berbuat dosa.
- Mencuri (mengambil hak atau harta orang lain tanpa kebenaran dan pengetahuan)
- Perkataan kotor keluar daripada mulut (cth,bodoh,sial, babi, dll)
- Menyimpan kepahitan/dendam (masih meningati kejahatan orang lain dan menyimpan)
- Kegeraman / tidak mengampuni (benci dan mahu membalas kejahatan dengan kejahatan),
- Pertikaian (cari gaduh dengan orang lain)
- Fitnah ( menuduh seseorang tanpa usul periksa dan tanpa bukti)
Firman Tuhan berkata,Upah dosa adalah maut, amaran Firman Tuhan jelas mengatakan jika tidak lahir baru atau masih hidup dalam manusia lama, tiada jaminan keselamatan bagi orang ini dan mereka ini akan di tempatkan di neraka.
Jika anda masih mempunyai ciri-ciri tersebut anda harus berwaspada dan bertindak. Anda perlu berubah dan membuat keputusan dari sekarang, adakah anda mahu ke neraka atau ke syurga.
No comments:
Post a Comment