AKULAH JALAN KEBENARAN DAN HIDUP Yoh14:6
Tuhan sangat baik, kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, Dia memberikan anakNya yang tunggal, dan barangsiapa yang percaya kepadaNya tidak akan binasa melainkan beroleh hidup yang kekal. (Yohanes 3:16)
Dia telah menyediakan jalan untuk kita, Dia menunjukkan jalan untuk kita, sebab Dia mahu kita kembali kepadaNya, Kerana Dia mengasihi kita.Yesuslah keputusan hidup anda, Dialah jalan kebenaran dan hidup itu.Yesus berkata, tiada siapa yang dapat datang kepada Bapa Selain melalui Aku, maksudnya satu keputusan yang tepat hari ini akan membawa anda ke Syurga.
Saya percaya dengan Iman, anda telah membuat keputusan dengan tepat untuk menerima Yesus Kristus Sebagai Jalan anda. Di alam semesta ini hanya satu jalan pengampunan iaitu Yesus Kristus,
(Roma10:9-10)
Ini adalah panduan anda untuk berdoa secara peribadi;
“Tuhan Yesus, saya percaya kepada kematian dan kebangkitan Yesus Kristus, Saya menjemput Engkau masuk kedalam hidup saya untuk menjadi Tuhan dan juruselamat kehidupan saya,amen”